Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Modul Pengajaran Kendiri (Mpk) Bertajuk Konsep Mol Tingkatan Empat Kbsm Berasaskan Strategi Pembelajaran Masteri

Ali, Mohamad Bilal and Yau, Seet Ting (2010) Modul Pengajaran Kendiri (Mpk) Bertajuk Konsep Mol Tingkatan Empat Kbsm Berasaskan Strategi Pembelajaran Masteri. Modul Pengajaran Kendiri (Mpk) Bertajuk Konsep Mol Tingkatan Empat Kbsm Berasaskan Strategi Pembelajaran Masteri . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
35kB

Abstract

Pembelajaran adalah bersifat individu kerana setiap pelajar mempunyai tahap keupayaan pembelajaran dan latar belakang yang berbeza-beza. Modul merupakan salah satu media yang mementingkan proses P&P secara individu. Justeru itu, sebuah modul pengajaran kendiri (MPK) yang bertajuk Konsep Mol tingkatan empat KBSM telah dibangunkan berdasarkan silibus Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). MPK yang dihasilkan berasaskan strategi pembelajaran masteri dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai media penghantar. Modul ini bersaiz A4 dan mengandungi tiga submodul dalam penyampaian isi kandungannya, iaitu The Mole and the Number of Particles, The Mole and the Mass of Substances dan The Mole and the Volume of Gas. Penentuan status kesesuaian MPK adalah melalui penilaian formatif iaitu Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) sahaja. Tiga orang guru pakar isi kandungan yang berpengalaman dalam subjek kimia dan seorang pakar reka bentuk model modul telah ditemubual. Satu draf modul dan senarai semak tentang pengujian kualiti MPK telah disediakan. Hasil analisis penilaian telah menunjukkan MPK yang dihasilkan mempunyai reka bentuk maklumat, isi kandungan, reka bentuk persembahan, strategi pembelajaran, sifat mesra pengguna dan unsur motivasi yang mengikuti spesifikasi yang telah ditetapkan. Modul ini juga konsisten dari segi reka bentuk dan penggunaan warna. Namun, terdapat juga komen dan cadangan daripada pakar yang perlu diberi perhatian iaitu mempelbagaikan strategi pembelajaran, tulisan modul diperbesarkan lagi dan modul dijadikan tiga submodul yang berasingan. Diharap dengan adanya MPK ini, pelajar akan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan menjadikan pembelajaran Konsep Mol salah satu tajuk yang senang dikuasai dalam subjek kimia.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:modul pengajaran kendiri (MPK), Konsep Mol tingkatan empat.
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10312
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Sep 2010 14:26
Last Modified:01 Aug 2017 00:32

Repository Staff Only: item control page