Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor Kesediaan Pelajar Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Dalam Pembentukan Kerjaya

Arsat, Mahyuddin and Rasid, Nor Azura (2010) Faktor Kesediaan Pelajar Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Dalam Pembentukan Kerjaya. Faktor Kesediaan Pelajar Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Dalam Pembentukan Kerjaya . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
109kB

Abstract

Masalah persediaan diri dalam menceburkan diri dalam alam pekerjaan telah lama wujud dalam diri remaja di negara kita. Masalah ini telah mewujudkan banyak masalah lain seperti timbulkan kesan terhadap tahap prestasi sesebuah organisasi berkenaan. Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dalam pembentukan kerjaya. Kajian ini dijalankan ke atas 57 orang pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Hasil dapatan kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi Windows 15.0 bagi mendapatkan frekuensi dan peratusan. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor-faktor seperti minat, pengalaman dan situasi pekerjaan mampu mempengaruhi kesediaan pelajar dalam pembentukan kerjaya. Manakala faktor pengetahuan hanya berada pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun, didapati secara keseluruhannya keempat-empat faktor berkenaan mempengaruhi kesediaan pelajar dalam pembentukan kerjaya mereka kelak dengan tahap yang tinggi. Di samping itu, kajian ini juga memberi cadangan kepada pihak-pihak tertentu agar mereka boleh mengambil tindakan yang sewajarnya selain memastikan pelajar ini dapat memenuhi matlamat kerjaya mereka.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, SPSS
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10308
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Sep 2010 18:14
Last Modified:01 Aug 2017 00:18

Repository Staff Only: item control page