Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Tahun 4 Terhadap Kemahiran Generik Di UTM Skudai, Johor.

Mohd. Noor, Norani and Mohammad, Noratna (2010) Persepsi Pelajar Tahun 4 Terhadap Kemahiran Generik Di UTM Skudai, Johor. Persepsi Pelajar Tahun 4 Terhadap Kemahiran Generik Di UTM Skudai, Johor. . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
53kB

Abstract

Terdapat tujuh kemahiran generik yang telah diterapkan di UTM iaitu Kemahiran Berkomunikasi, Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah, Kemahiran Kerja Berpasukan, Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat, Kemahiran Keusahawanan, Etika dan Integriti serta Kemahiran Kepimpinan dan Proaktif. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik, mengenalpasti penerapan yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan mengenalpasti langkah-langkah yang diambil oleh pelajar dalam menguasai kemahiran generik. Sampel yang dipilih oleh pengkaji adalah pelajar-pelajar tahun empat jurusan Elektrik, Awam dan Jentera di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor Bahru, Johor iaitu seramai 51 orang. Data diperoleh menggunakan kaedah soal selidik dan dianalisis menggunakan SPSS 15.0 secara statistik deskriptif. Hasil dapatan kajian mendapati, majoriti pelajar menyatakan bahawa kemahiran generik adalah penting dalam diri setiap individu terutamanya kemahiran komunikasi, Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat, Kemahiran Kerja Berpasukan serta Etika dan Integriti. Hasil kajian juga mendapati bahawa majoriti pelajar bersetuju dengan kaedah penerapan yang telah dilakukan oleh pensyarah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya sesi perbincangan dalam kelas dan membentuk dan membuat tugasan secara berkumpulan. Selain itu, kajian ini juga mendapati majoriti pelajar telah mengambil langkah yang proaktif dalam menguasai kemahiran ini seperti melayari internet dalam menambah pengetahuan dan menghantar tugasan sebelum tamat tempoh yang telah ditetapkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kemahiran Berkomunikasi, Pemikiran Kritis, Kemahiran Menyelesaikan Masalah, Kemahiran Kerja Berpasukan, Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10306
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Sep 2010 17:52
Last Modified:31 Jul 2017 08:46

Repository Staff Only: item control page