Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Sains Tahun Akhir Fakulti Pendidikan

Kamaruddin, Meor Ibrahim and Jamil, Nor Ashima (2010) Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Sains Tahun Akhir Fakulti Pendidikan. Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Sains Tahun Akhir Fakulti Pendidikan . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
31kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang menjadi kecenderungan bagi pelajar-pelajar Tahun Akhir Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai. Selain itu, kajian juga bertujuan mengenal pasti bentuk kecenderungan gaya pembelajaran pelajar mengikut perbezaan jantina. Soal selidik oleh Honey dan Mumford (1992) telah digunakan dalam proses pengumpulan data. sebanyak 133 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package of Social Science, SPSS for Windows Version 16.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan gaya pembelajaran yang menjadi keutamaan bagi kumpulan responden ini ialah reflektor dan diikuti aktivis. Berdasarkan perbezaan jantina pula, kebanyakan pelajar lelaki gemar mengamalkan keempat-empat gaya pembelajaran, iaitu aktivis, reflektor, teoris dan pragmatis. Manakala pelajar perempuan didapati lebih gemar mengamalkan gaya pembelajaran berbentuk reflektor sahaja. Selain itu, beberapa cadangan telah dikemukakan agar para pendidik dapat memenuhi keperluan gaya pembelajaran semua pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Statistical Package of Social Science, Gaya Pembelajaran
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10305
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Sep 2010 17:48
Last Modified:31 Jul 2017 08:28

Repository Staff Only: item control page