Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Prestasi Kemahiran Motor Kanak–Kanak Spastik Menggunakan McCarron Assesment Of Neuromuscular Development

Ibrahim, Halijah and Subramaniam, Valli (2010) Prestasi Kemahiran Motor Kanak–Kanak Spastik Menggunakan McCarron Assesment Of Neuromuscular Development. Prestasi Kemahiran Motor Kanak–Kanak Spastik Menggunakan McCarron Assesment Of Neuromuscular Development . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
64Kb

Abstract

Perkembangan kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan mereka. Ini berbeza dengan mereka yang menghadapi masalah Cerebral Palsy kerana pergerakan otot-otot mereka gagal berfungsi secara normal dan juga akan menyukarkan kanakkanak terbabit melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak seusianya seperti berjalan, merangkak dan memegang barang. Kebanyakkan masalah Cerebral Palsy terdiri daripada kategori Spastik. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui prestasi kemahiran motor kanak-kanak Spastik. Instrumen yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah McCarron Assesment of Neuromuscular Development (MAND). Instrumen ini menguji lima kemahiran motor halus dan lima kemahiran motor kasar. Seramai lima orang subjek di dalam kategori Spastik Diplegia dan Spastik Hemiplegia telah dipilih untuk melakukan ujian ini (min bagi umur = 11.6, sisihan piawai = 4.28). Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan Microsoft Excel. Keputusan menunjukkan bahawa hanya seorang subjek sahaja yang dapat melakukan kesemua item ujian dan yang selebihnya hanya dapat melakukan ujian kemahiran motor halus sahaja. Skor ujian yang telah diperolehi telah ditransformasikan kepada skala skor. Hasil skala skor menunjukkan bahawa hanya dua subjek yang mendapat nilai Neuromuscular Development Index (NDI) iaitu 42 dan 59. Manakala tiga subjek yang lain gagal untuk memperolehi sebarang skor NDI. Melalui keputusan yang diperolehi, dapat diketahui bahawa walaupun subjek terdiri daripada jenis kategori yang sama, setiap subjek mempunyai tahap keupayaan yang tersendiri dan unik antara satu dengan yang lain. Kesimpulannya, kajian seperti ini amat diperlukan bagi membantu mengetahui prestasi motor kanak-kanak Cerebral Palsy. Katakunci : motor kasar, motor halus, perkembangan otak, keseimbangan badan, peningkatan koordinasi mata dan tangan

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:motor kasar, motor halus, perkembangan otak, keseimbangan badan, peningkatan koordinasi mata dan tangan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10304
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Sep 2010 17:38
Last Modified:22 Sep 2010 06:51

Repository Staff Only: item control page