Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)

Morazuki, Syahrul Ridhwan and Abd. Rahman, Ummi Natrah (2010) Pembangunan Perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). Pembangunan Perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
44kB

Abstract

Perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Malaysia (SEGAK) merupakan satu sistem pengurusan pangkalan data yang digunakan untuk menganalisis data dan norma ujian kecergasan fizikal pelajar sekolah yang berumur antara 10 hingga 17 tahun. Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Authorware 7 dan Microsoft Visual Basic 6. Manakala, pangkalan data dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Access 2003. Pembangunan perisian ini bertujuan membina pangkalan data bagi memudahkan guru dalam proses penganalisaan, penyimpanan dan pendokumentasian laporan data ujian SEGAK pelajar. Selain itu, sistem ini menyediakan prosedur serta norma piawai yang digunakan dalam ujian SEGAK. Terdapat lima item ujian dalam ujian SEGAK kecergasan berdasarkan komponen kesihatan. Norma bagi setiap ujian mempunyai skor iaitu lima, empat, tiga, dua dan satu, manakala, gred pencapaian keseluruhan ditetapkan mempunyai lima iaitu gred A, B, C, D dan E. Gred pencapaian keseluruhan diperolehi melalui nilai purata skor semua item ujian. Perisian ini mempunyai enam pautan utama iaitu halaman utama, prosedur ujian, norma ujian, pendaftaran, skor ujian dan kredit pembangun. Hasil kajian mendapati perisian ini dapat membantu guru dalam proses penganalisaan, pengrekodan, penyimpanan serta laporan data ujian pelajar. Sistem juga berupaya membantu guru mengendalikan ujian dan mengenalpasti prestasi pelajar dengan pantas dan bersistematik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Malaysia (SEGAK), norma ujian kecergasan fizikal pelajar.
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10303
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Sep 2010 17:34
Last Modified:21 May 2017 03:11

Repository Staff Only: item control page