Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Audit Pengurusan Masjid : Kajian Di Daerah Pasir Puteh, Kelantan

Alim, Ahmad Puhad and Abdullah, Siti Roddiah (2010) Audit Pengurusan Masjid : Kajian Di Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Audit Pengurusan Masjid : Kajian Di Daerah Pasir Puteh, Kelantan . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
65kB

Abstract

Masjid merupakan sebuah institusi yang sangat penting dalam Islam. Kejayaan sesebuah masjid bergantung kepada aspek pengurusannya. Justeru, kajian ini memberi tumpuan kepada pengurusan dan pentadbiran masjid yang dilaksanakan di daerah Pasir Puteh Kelantan Penyelidikan ini melibatkan 142 orang pentadbir dan ahli jawatankuasa di 19 buah masjid di daerah tersebut. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan set soal selidik. Soal selidik bagi kajian ini adalah menggunakan skala Likert yang mengandungi 34 item soalan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS for windows) versi 14.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha 0.896. Secara keseluruhannya hasil kajian menunjukkan responden memberi maklum balas yang positif terhadap aspek yang dikaji. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Mosque, vital role, Islamic institution, bureaucracy, Pasir Puteh Kelantan.
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10302
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Sep 2010 17:31
Last Modified:31 Jul 2017 07:46

Repository Staff Only: item control page