Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Berdasarkan Pendekatan Kontekstual Bagi Tajuk Graviti Untuk Subjek Fizik Tingkatan Empat

Bilal Ali, Mohamad and Ngah Nordin, Nursyaida Syarafina (2010) Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Berdasarkan Pendekatan Kontekstual Bagi Tajuk Graviti Untuk Subjek Fizik Tingkatan Empat. Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Berdasarkan Pendekatan Kontekstual Bagi Tajuk Graviti Untuk Subjek Fizik Tingkatan Empat . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
54kB

Abstract

Perkembangan pesat ICT telah memberikan lebih banyak alternatif kepada guru-guru dalam menyampaikan pengajaran secara menarik dan efektif. Sehubungan itu, satu projek telah dijalankan bagi menghasilkan perisian pembelajaran berbantukan komputer bertajuk Gravity (Graviti) untuk pelajar tingkatan empat dalam usaha menyediakan suasana pembelajaran suasana pembelajaran secara maya yang interaktif dan menyeronokkan berbanding cara tradisional yang biasanya melibatkan buku dan pensil sahaja. Perisian ini menawarkan pembelajaran secara kontekstual dan terdiri daripada tutorial, permainan serta penilaian. Dalam penghasilannya, model ADDIE dijadikan dasar bagi proses pembangunan. Perisian ini dibina dengan bahasa gubahan Macromedia Authorware 7.0 dan perisian sokongan lain seperti Adobe Photoshop CS3, Adobe Flash CS3 dan Adobe Premiere CS3. Produk dipakej dan disebarkan kapada pengguna menggunakan CDROM. Beberapa orang guru yang berpengalaman telah terlibat dalam proses penilaian, dan mereka telah memberikan respon yang memuaskan berkenaan pendekatan dan persembahan yang disediakan dalam perisian ini. Diharapkan agar perisian yang dibangunkan benar-benar mampu membawa manfaat kepada pengguna dalam mempelajari tajuk Graviti.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:ICT, alternative, Gravity (Graviti), Adobe Photoshop CS3, Adobe Flash CS3 dan Adobe Premiere CS3
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10301
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Sep 2010 17:27
Last Modified:31 Jul 2017 07:43

Repository Staff Only: item control page