Mohd Said, Mohd Rizal and Mohd Noor, Nor Aini (2010) Amalan Kebersihan Makanan Dalam Kalangan Pengendali-Pengendali Kantin Di Sekolah Zon Skudai. Amalan Kebersihan Makanan Dalam Kalangan Pengendali-Pengendali Kantin Di Sekolah Zon Skudai . pp. 1-11. (Unpublished)
|
PDF
166Kb |
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti amalan kebersihan diri, kebersihan premis dan tempat-tempat penyediaan makanan serta kebersihan dan keselamatan peralatan-peralatan memasak dan menghidang oleh pengendalipengendali kantin sekolah di Zon Skudai, Johor Bahru. Seramai 32 orang pengendali makanan dipilih sebagai responden kajian ini. Penyelidik menggunakan 2 instrumen iaitu soal selidik dan pemerhatian. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan satu set soal selidik kepada responden dan protokol borang pemerhatian digunakan oleh penyelidik semasa pemerhatian dijalankan . Analisis dibuat berdasarkan peratusan dan min. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences ( SPSS ) 15.0 For Windows. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dalam kalangan pengendali-pengendali kantin terhadap amalan kebersihan makanan adalah tinggi. Ini dapat dilihat semasa mengendalikan makanan, pengendalipengendali kantin mengamalkan kebersihan makanan yang telah ditetapkan. Katakunci: Statistical Package For Social Sciences ( SPSS )
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Statistical Package For Social Sciences (SPSS) |
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Education |
| ID Code: | 10299 |
| Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
| Deposited On: | 14 Sep 2010 04:06 |
| Last Modified: | 22 Sep 2010 06:34 |
Repository Staff Only: item control page

