Md. Salleh, Shaharuddin and Aziz, Nor Afizah (2010) Pembinaan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual Bagi Matapelajaran Matematik Tingkatan 1: Perimeter And Area. Pembinaan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual Bagi Matapelajaran Matematik Tingkatan 1: Perimeter And Area . pp. 1-8. (Unpublished)
|
PDF
44Kb |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian pendidikan bagi topik ‘Perimeter and Area’ Matematik Tingkatan Satu dengan menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual. Pengajaran dan pembelajaran kontekstual merupakan satu konsep pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka (Baskoro, 2007). Selain itu, pembangunan perisian PBK ini dihasilkan dengan kombinasi elemen multimedia yang interaktif seperti penggunaan teks, grafik, animasi, audio dan video. Hal ini dapat memastikan pelajar mengalami proses pembelajaran yang bermakna dan bukan sekadar menghafal konsep-konsep yang terdapat dalam matematik. Selain itu, model reka bentuk pembangunan yang digunakan ialah model Hanaffin dan Peck. PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 sebagai platform pembangunan, disamping penggunaan perisian Adobe Photoshop CS2, Sound Forge 6.0 dan perisian lain sebagai perisian sokongan bagi menghasilkan PBK yang lebih menarik. Selain daripada dapat membantu proses pengajaran guru dan memudahkan pemahaman pelajar, PBK ini juga dapat menarik minat pelajar, meningkatkan motivasi pelajar serta dapat menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam memahami konsep-konsep berkaitan dengan tajuk ‘Perimeter and Area’. Katakunci: Perimeter, Area, model Hanaffin dan Peck
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Perimeter, Area, model Hanaffin dan Peck |
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Education |
| ID Code: | 10295 |
| Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
| Deposited On: | 14 Sep 2010 03:03 |
| Last Modified: | 22 Sep 2010 06:22 |
Repository Staff Only: item control page

