Mukhari, Abd Wahid and Yusof, Yuszaida (2010) Tahap Kefahaman Kriteria Dan Masalah Guru Terhadap Penilaian Dan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup (Kt) Di Daerah Segamat, Johor. Tahap Kefahaman Kriteria Dan Masalah Guru Terhadap Penilaian Dan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup (Kt) Di Daerah Segamat, Johor . pp. 1-8. (Unpublished)
|
PDF
29Kb |
Abstract
Tujuan kajian deskriptif ini di jalankan adalah untuk meninjau tahap kefahaman kriteria dan masalah guru terhadap penilaian dan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup (KT) Daerah, Segamat Johor. Soal selidik telah dipilih sebagai instrumen kajian dan telah diedarkan kepada 52 orang guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup (Kemahiran Teknikal) di sekitar Sekolah Menengah Daerah Segamat, Johor. Analisis dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Data di analisis menggunakan SPSS (Statistical Package for The Social Services) versi 16.0. Kajian rintis telah dijalankan keatas 9 orang guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup (Kemahiran Teknikal) di sekitar Sekolah Taman Daya bagi mendapatkan kebolehpercayaan item soal selidik dan nilai alpha cronbach yang di perolehi ialah 0.982. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru KHB mempunyai tahap kefahaman yang tinggi dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dan masalah utama yang di hadapi oleh guru ialah pelajar kurang menguasai elemen dalam kemahiran yang hendak di terapkan. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukan bagi meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus KHB di peringkat PMR. Katakunci : tahap kefahaman criteria, masalah guru, kerja kursus kemahiran hidup (KT)
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | tahap kefahaman criteria, masalah guru, kerja kursus kemahiran hidup (KT) |
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Education |
| ID Code: | 10294 |
| Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
| Deposited On: | 14 Sep 2010 02:27 |
| Last Modified: | 22 Sep 2010 04:54 |
Repository Staff Only: item control page

