Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian Akademik

Yeo, Kee Jiar and Zakaria, Norzilawati (2010) Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian Akademik. Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian Akademik . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
88kB

Abstract

Kerja rumah diberikan sebagai pengukuhan bagi perkara yang telah dipelajari di sekolah. Terdapat pandangan yang berbeza mengenai sumbagan kerja rumah terhadap pencapaian akademik. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara kerja rumah dengan pencapaian akademik dalam tiga mata pelajaran iaitu Matematik, Bahasa Inggeris dan Kemahiran Hidup. Responden kajian terdiri daripada 92 orang tingkatan pelajar tingkatan dua dari tiga buah sekolah menengah. Instrumen kajian ialah borang soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS 12 for Windows). Hasil kajian menunjukkan tiada korelasi bagi pemboleh ubah masa dalam menyiapkan kerja rumah dengan pencapaian Bahasa Inggeris dan Kemahiran Hidup manakala bagi Matematik pula korelasinya adalah negatif iaitu -0.022, 0.139, 0.161 masing-masing. Pemboleh ubah kerja rumah jenis latihan dengan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris menunjukkan korelasi positif tetapi lemah manakala tidak ada korelasi bagi Kemahiran Hidup. Bagi pemboleh ubah kerja rumah jenis persediaan dan penerokaan pula, didapati tiada korelasi dengan pencapaian Matematik dan Bahasa Inggeris, manakala indeks korelasi bagi Kemahiran Hidup adalah positif. Indeks korelasi bagi cara pengelolaan guru semasa dan selepas memberikan kerja rumah, didapati tiada korelasi dengan pencapaian bagi Matematik manakala terdapat korelasi positif bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Kemahiran Hidup. Seluruh kajian ini menunjukkan kebanyakan hipotesis telah ditolak, terutamanya bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup, justeru merumuskan bahawa kerja rumah tidak begitu besar sumbangan terhadap pencapaian. Beberapa cadangan telah dikemukakan berdasarkan dapatan kajian.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Statistical Package for Social Science (SPSS 12 for Windows), Homework, academic achievement
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10293
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Sep 2010 02:05
Last Modified:31 Jul 2017 06:44

Repository Staff Only: item control page