Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Minat Pelajar Wanita Dalam Mata Pelajaran Teknik Dan Vokasional Di Sekolah

Buntat, Yahya and Ensa, Norliza (2010) Minat Pelajar Wanita Dalam Mata Pelajaran Teknik Dan Vokasional Di Sekolah. Minat Pelajar Wanita Dalam Mata Pelajaran Teknik Dan Vokasional Di Sekolah . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
34kB

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau minat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional di sekolah. Sampel kajian adalah terdiri daripada 132 orang pelajar wanita tingkatan 4 yang mengambil matapelajaran ini di tiga buah sekolah menengah harian di daerah Pontian, Johor. Sekolah yang dipilih adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tanjung, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kerang. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Data dan maklumat yang diperolehi telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 11.5 for Windows dan dilaporkan dalam bentuk frekuensi, peratusan dan min. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan Ujian Cronbach’s Alpha dengan nilai keseluruhan 0.840. Hasil kajian mendapati bahawa minat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti faktor persekitaran, faktor kesedaran sendiri, faktor media dan sebagainya. Minat pelajar juga didapati didorong oleh banyak elemen seperti peralatan di bengkel, pembelajaran secara teori dan amali serta guru di sekolah tersebut. Pelajar juga didapati mempunyai persepsi positif terhadap bidang teknik dan vokasional. Hasil kajian juga menunjukkan situasi persekitaran pada hari ini dapat mempengaruhi minat pelajar wanita dalam mata pelajaran teknik dan vokasional. Secara keseluruhannya, pelajar wanita didapati berminat mempelajari mata pelajaran teknik dan vokasional dan tidak mempunyai masalah walaupun mata pelajaran ini merangkumi pembelajaran secara teori dan amali. Minat untuk mempelajari sesuatu perkara amat penting kerana minat mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Statistical Package for Social Science (SPSS), technical and vocational subject, pelajar wanita
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10292
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Sep 2010 01:53
Last Modified:31 Jul 2017 06:29

Repository Staff Only: item control page