Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengetahuan Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah – Kajian Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar Perlis

Ruskam Al-Dawamy, Aminuddin and Kamaruddin, Noor Diyana (2010) Pengetahuan Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah – Kajian Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar Perlis. Pengetahuan Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah – Kajian Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar Perlis . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
81kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan pelajar tingkatan lima terhadap mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah. Selain itu kajian ini juga adalah bertujuan untuk mengenal pasti minat pelajar terhadap mata pelajaran ini, pengetahuan pelajar terhadap jenis-jenis kesalahan jenayah syariah dalam Islam serta hukuman yang dikenakan ke atas pesalah jenayah syariah. Semua pelajar tingkatan lima di sekolah berkenaan telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan berbentuk soal selidik yang mengandungi 45 item soalan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 14.0 bagi mendapatkan kekerapan, min dan peratusan. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah ? = 0.807. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi kebanyakan responden bersetuju dengan persoalan yang dikemukakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar serta minat pelajar terhadap mata pelajaran ini berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min masing-masing 4.28 dan 4.21. Namun demikian, tahap pengetahuan pelajar terhadap jenis-jenis kesalahan jenayah syariah serta hukuman yang dikenakan ke atas pesalah jenayah syariah berada pada tahap yang sederhana berdasarkan nilai min masing-masing 3.25 dan 3.39. Pada akhir kajian juga disertakan beberapa cadangan agar ia menjadi panduan dan tindakan pihak-pihak tertentu. Antara cadangan yang dikemukakan adalah untuk pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah dan juga pelajar itu sendiri.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pendidikan Syariah Islamiah, Statistical Package For Social Science (SPSS)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10291
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Sep 2010 17:26
Last Modified:31 Jul 2017 04:20

Repository Staff Only: item control page