Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan Perundingan Berprinsip Guru Besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) UTM

Yasin, M. Al-Muz-Zammil and Abd Rahman, Mohd Irwan (2010) Amalan Perundingan Berprinsip Guru Besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) UTM. Amalan Perundingan Berprinsip Guru Besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) UTM . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
66Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan perundingan berprinsip dalam kalangan Guru Besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) UTM Skudai. Sejumlah 73 orang responden dilibatkan untuk menjawab soal selidik yang mempunyai 20 item, yang dibina berdasarkan prinsip perundingan yang dibangunkan dan disarankan oleh Fisher, Ury dan Patton (1991). Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen yang dihasilkan ialah 0.9199. Nilai pekali Alpha Cronbach bagi semua dimensi yang dikaji adalah 0.7865 (Memisahkan Pelaku Daripada Masalah), 0.7978 (Memfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan Kedudukan), 0.8542 (Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama) dan 0.6275 (Menekankan Kepada Penggunaan Kriteria Objektif). Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan prinsip Memisahkan Pelaku daripada Masalah adalah pada tahap yang paling tinggi (nilai min: 4.46), diikuti oleh prinsip Menekankan Penggunaan Kriteria Objektif (nilai min: 4.29), prinsip Mencipta Pilihan Untuk Faedah Bersama (nilai min: 4.22) dan prinsip Memfokuskan Kepada Kepentingan, Bukan Kedudukan (nilai min: 4.21). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan perundingan berprinsip berdasarkan faktor umur responden. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan perundingan berprinsip responden berdasarkan faktor jantina dan faktor pengalaman. Adalah diharapkan pengkaji akan datang dapat menjalankan kajian lanjutan bertujuan memperbaiki soal selidik yang telah dibangunkan. Katakunci : perundingan berprinsip, Guru Besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB), Fisher, Ury and Patton, Alpha Cronbach

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:perundingan berprinsip, Guru Besar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB), Fisher, Ury and Patton, Alpha Cronbach
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10290
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Sep 2010 16:47
Last Modified:22 Sep 2010 04:44

Repository Staff Only: item control page