Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tinjauan Terhadap Penggunaan Pengajaran Berbantukan Komputer Bagi Mata Pelajaran Kimia Tingkatan 4 Di SMK, Ipoh, Perak.

Nordin, Aziz and Po@Foo, Lai Yin (2010) Tinjauan Terhadap Penggunaan Pengajaran Berbantukan Komputer Bagi Mata Pelajaran Kimia Tingkatan 4 Di SMK, Ipoh, Perak. Tinjauan Terhadap Penggunaan Pengajaran Berbantukan Komputer Bagi Mata Pelajaran Kimia Tingkatan 4 Di SMK, Ipoh, Perak. . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
41kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti maklum balas pelajar aliran Sains tingkatan 4 terhadap PBK yang dijalankan dalam pengajaran kimia. Selain itu, kajian ini juga mengenalpasti kekerapan penggunaan PBK dalam waktu pengajaran kimia dan masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari tajuk kimia tertentu dengan menggunakan PBK. Kajian penyelidikan deskriptif yang berbentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 100 orang responden dari 2 buah sekolah iaitu SMK Buntong dan SMK Menglembu telah terlibat dalam kajian ini. Satu set soal selidik terdiri daripada tiga bahagian: Bahagian A (Latar belakang responden), Bahagian B (25 soalan berbentuk Skala Likert berkaitan maklum balas pelajar terhadap penggunaan PBK dalam matapelajaran Kimia) dan Bahagian C (Ujian Kimia) digunakan untuk memperolehi data. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan peisian “Statistical Packages For Sosial Science” (SPSS) version 16 bagi mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Dari segi persepsi pelajar terhadap penggunaan PBK dalam pengajaran kimia, hasil dapatan menunjukkan bahawa penggunaan PBK dapat merangsangkan deria pelajar merupakan min yang tertinggi. Manakala dari segi persepsi pelajar terhadap budaya sekolah pula, responden bersetuju guru memainkan peranan penting dalam penggunaan PBK. Kekerapan penggunaan PBK di tempat kajian menunjukkan PBK dijalankan pada setiap waktu pengajaran mata pelajaran Kimia. Selain itu, masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah masalah guru semasa penggunaan PBK dalam pengajaran tajuk kimia tertentu. Beberapa cadangan dan cadangan kajian lanjutan telah dikemukakan dalam kajian ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:PBK, pengajaran kimia, Statistical Packages For Sosial Science (SPSS)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10288
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Sep 2010 20:48
Last Modified:08 Jun 2017 03:37

Repository Staff Only: item control page