Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Peranan Guru Besar Dalam Pelaksanaan ICT Di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Daerah Kulai Selatan

Mohd. Tahir, Lokman and Phoon, Ai Ling (2010) Peranan Guru Besar Dalam Pelaksanaan ICT Di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Daerah Kulai Selatan. Peranan Guru Besar Dalam Pelaksanaan ICT Di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Daerah Kulai Selatan . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
110kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tentang peranan guru besar dalam pelaksanaan ICT di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Daerah Kulai Selatan. Sampel kajian adalah seramai 238 orang guru yang mengajar di sekitar Daerah Kulai Selatan. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Analisis statistic deskriptif telah digunakan untuk mengenalpasti peranan guru besar dalam menyediakan infrastruktur ICT yang lengkap disekolah; peranan guru besar dalam menggalakkan guru-guru menggunakan ICT di sekolah; peranan guru besar dalam mengimplementasikan penggunaan ICT dalam kalangan guru berdasarkan aspek pengurusan sekolah; peranan guru besar dalam mengimplementasikan penggunaan ICT dalam kalangan guru berdasarkan aspek pengajaran dan pembelajaran di sekolah manakala analisis statistik inferensi melalui ujian-t dan ANOVA sehala digunakan untuk melihat perbezaan dalam penilaian peranan guru besar melaksanakan ICT di sekolah berdasarkan perbezaan demografi guru iaitu jantina, umur, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini adalah α = 0.980. Hasil kajian menunjukkan bahawa purata skor min keseluruhan ialah pada tahap sederhana iaitu nilai 3.59. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan aspek jantina, umur, dan pengalaman mengajar guru dalam penilaian peranan guru besar melaksanakan ICT di sekolah. Bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan aspek kelulusan akademik guru dalam penilaian peranan guru besar melaksanakan ICT di sekolah. Sebagai penutup bicara, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak berkenaan sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan yang ada terutamanya dalam peranan guru besar sebagai pemangkin ICT di sekolah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:peranan guru besar, pelaksanaan ICT, ujian-t, ANOVA
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10287
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Sep 2010 20:44
Last Modified:02 Mar 2017 02:51

Repository Staff Only: item control page