Jonid, Muslim and Yahaya, Nur Yasmah (2010) Pembangunan Web Portal Berasaskan Moodle Bertajuk Water Tingkatan Dua. Pembangunan Web Portal Berasaskan Moodle Bertajuk Water Tingkatan Dua . pp. 1-8. (Unpublished)
|
PDF
47kB |
Abstract
Malaysia dilihat semakin pesat membangun dari pelbagai sektor, tidak ketinggalan juga pembangunan dalam corak pendidikan. Pembangunan tersebut telah meningkatkan taraf pendidikan di negara ini dalam mendidik anak bangsa yang akan mewarisi negara pada masa hadapan. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan pencetus ke arah kecemerlangan pelajar. Pembelajaran secara maya seperti web portal dapat membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang interaktif. Justeru itu, web portal berasaskan MOODLE bertajuk Water telah dibangunkan. Web portal ini dibangunkan selaras dengan Teori Konstruktivisme Sosial dengan menggunakan perisian Microsoft Power Point 2003 sebagai platform utama disamping perisian lain dan sistem MOODLE sebagai perantaraan penyebaran bahan pembelajaran. Web portal yang dilengkapi dengan isi pelajaran mengikut subtopik, kuiz, permainan dan glosari mampu menjadikan ia pilihan yang sesuai sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, elemenelemen multimedia seperti teks, grafik, audio, animasi dan video turut diterapkan untuk menjadikan web portal yang dihasilkan lebih menarik dan interaktif. Dengan pembangunan web portal ini diharapkan proses pembelajaran untuk konsep-konsep yang abstrak dan sukar dapat dijelaskan dengan mudah dan difahami pelajar.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kecemerlangan pelajar. |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10285 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 12 Sep 2010 19:33 |
Last Modified: | 31 Jul 2017 00:26 |
Repository Staff Only: item control page