Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Guru Pelatih Terhadap Proses Penyeliaan Dan Bimbingan Yang Diberikan Oleh Penyelia Pembimbing Bagi Program Latihan Mengajar Universiti Teknologi Malaysia

Megat Zakaria, Megat Aman Zahiri and Kamarul Jaeh, Nor Kamsiah (2010) Persepsi Guru Pelatih Terhadap Proses Penyeliaan Dan Bimbingan Yang Diberikan Oleh Penyelia Pembimbing Bagi Program Latihan Mengajar Universiti Teknologi Malaysia. Persepsi Guru Pelatih Terhadap Proses Penyeliaan Dan Bimbingan Yang Diberikan Oleh Penyelia Pembimbing Bagi Program Latihan Mengajar Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
72kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru pelatih terhadap proses penyeliaan danbimbingan yang diberikan oleh penyelia pembimbing bagi program Latihan Mengajar, UniversitiTeknologi Malaysia. Terdapat empat aspek bimbingan yang di tekankan dalam kajian ini iaitu aspekbimbingan dalam membuat persediaan mengajar, penyampaian isi pelajaran, penilaian pengajaran danbimbingan dalam meningkatkan profesionalisme perguruan. Sampel kajian terdiri daripada 211 pelajartahun tiga yang telah menjalani latihan mengajar pada semester 1 sesi 2008/2009. Instrumen yangdigunakan untuk mengumpul data ialah soal selidik. Data dan dapatan kajian yang diperolehi dianalisismengikut peratusan dan min dengan mengunakan SPSS (Statistical Package For Social Science) 13.0 forWindows. Hasil kajian menunjukkan keseluruhan guru pelatih telah mendapat bimbingan daripada gurupembimbing dengan nilai min adalah 3.06 iaitu berada pada tahap tinggi. Manakala, bimbingan daripadapensyarah pembimbing pula didapati berada pada tahap rendah dengan nilai min 2.92. Kesimpulannya,guru pelatih telah mendapat bimbingan yang sewajarnya daripada guru pembimbing tetapi mereka masihkurang mendapat bimbingan daripada pensyarah pembimbing. Katakunci: Latihan Mengajar, Universiti Teknologi Malaysia, SPSS (Statistical Package For Social Science)

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Latihan Mengajar, Universiti Teknologi Malaysia, SPSS (Statistical Package For Social Science)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10283
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Sep 2010 17:44
Last Modified:11 Feb 2017 01:16

Repository Staff Only: item control page