Morazuki, Syahrul Ridhwan and Zakaria, Noorul Salma (2010) Kesan Pengambilan Minuman Isotonik Dan Gel Karbohidrat Berelektrolit Terhadap Prestasi Daya Tahan Larian Jarak Jauh. Kesan Pengambilan Minuman Isotonik Dan Gel Karbohidrat Berelektrolit Terhadap Prestasi Daya Tahan Larian Jarak Jauh . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
36kB |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk membandingkan kesan pengambilan minuman isotonik dengan gel karbohidrat berelektrolit terhadap prestasi daya tahan larian jarak jauh. Seramai 6 orang atlet jarak jauh yang berusia 22 hingga 27 tahun terlibat dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan tiga fasa pengujian iaitu Ujian Makmal (Fasa I), Ujian I (Fasa II) dan Ujian II (Fasa III). Kelajuan larian pada Anaerobic Threshold (AT) bagi setiap subjek ditentukan terlebih dahulu pada Fasa I dimana kelajuan larian ini digunakan pada Fasa II dan Fasa III. Pada Fasa II, mengikut kumpulan subjek, subjek berlari pada kelajuan di tahap AT sehingga mencapai kepenatan maksimum. Subjek turut diberikan gel karbohidrat berelektrolit bagi setiap 30 minit. Prosedur yang sama dilakukan pada Fasa III namun gel karbohidrat berelektrolit digantikan dengan pengambilan minuman isotonik. Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi jangka masa larian di antara pengambilan minuman isotonik dengan gel karbohidrat berelektrolit (p > 0.05). Namun, ujian-t bagi perbandingan jarak larian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara pengambilan minuman isotonik dengan gel karbohidrat berelektrolit(p < 0.05). Kesimpulannya, pengambilan minuman isotonik dan gel karbohidrat berelektrolit dapat memberi kesan yang hampir sama terhadap prestasi daya tahan larian jarak jauh. Namun, kajian ini berpendapat pengambilan gel karbohidrat berelektrolit dapat memberi peningkatan prestasi yang lebih baik kerana kuantiti pengambilan minuman isotonik pada kadar kira-kira 2 kali ganda daripada gel karbohidrat berelektrolit hanya dapat memberikan kesan terhadap prestasi yang hampir sama dengan gel karbohidrat berelektrolit.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | minuman isotonik, gel karbohidrat berelektrolit |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10280 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 12 Sep 2010 17:06 |
Last Modified: | 21 May 2017 04:01 |
Repository Staff Only: item control page