Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Sekolah Rendah Terhadap Pemakanan Seimbang Di Kantin Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor

Mohd Said, Mohd Rizal and Ruslan, Nurul Zafira (2010) Persepsi Pelajar Sekolah Rendah Terhadap Pemakanan Seimbang Di Kantin Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor. Persepsi Pelajar Sekolah Rendah Terhadap Pemakanan Seimbang Di Kantin Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
27Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap pemakanan seimbang di kantin sekolah melalui tiga aspek iaitu kepelbagaian menu, tahap pengetahuan dan pendedahan pendidikan kesihatan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik, pemerhatian dan temubual sebagai instrument kepada 118 orang pelajar darjah 4 Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sciences (SPSS) versi 11.5 untuk mendapatkan peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan kepelbagaian menu di kantin yang mempengaruhi pemakanan seimbang terhadap responden adalah sederhana tetapi tahap pengetahuan dan pendedahan pendidikan kesihatan terhadap responden berada pada tahap baik. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu agar penyediaan pemakanan seimbang di kantin perlu diperbaiki. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji yang ingin meneruskan kajian ini di masa akan datang juga turut dicadangkan. Katakunci : Statistical Package for Social Science (SPSS), perception of student’s, balance diet

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Statistical Package for Social Science (SPSS), perception of student’s, balance diet
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10277
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Sep 2010 19:56
Last Modified:22 Sep 2010 04:06

Repository Staff Only: item control page