Mohd. Said, Mohd. Rizal and Ruslan, Nurul Zafira (2010) Persepsi Pelajar Sekolah Rendah Terhadap Pemakanan Seimbang Di Kantin Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor. Persepsi Pelajar Sekolah Rendah Terhadap Pemakanan Seimbang Di Kantin Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor . pp. 1-6. (Unpublished)
|
PDF
27kB |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap pemakanan seimbang di kantin sekolah melalui tiga aspek iaitu kepelbagaian menu, tahap pengetahuan dan pendedahan pendidikan kesihatan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik, pemerhatian dan temubual sebagai instrument kepada 118 orang pelajar darjah 4 Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sciences (SPSS) versi 11.5 untuk mendapatkan peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan kepelbagaian menu di kantin yang mempengaruhi pemakanan seimbang terhadap responden adalah sederhana tetapi tahap pengetahuan dan pendedahan pendidikan kesihatan terhadap responden berada pada tahap baik. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu agar penyediaan pemakanan seimbang di kantin perlu diperbaiki. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji yang ingin meneruskan kajian ini di masa akan datang juga turut dicadangkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Statistical Package for Social Science (SPSS), perception of student’s, balance diet |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10277 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 11 Sep 2010 19:56 |
Last Modified: | 01 Mar 2017 00:58 |
Repository Staff Only: item control page