Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Aplikasi Kaedah Penyelesaian Masalah Dalam Pengajaran Kursus Asas Penyediaan Makanan Dan Pemakanan

Ismail, Sarimah and Ashaari, Nurul Izzatey (2010) Aplikasi Kaedah Penyelesaian Masalah Dalam Pengajaran Kursus Asas Penyediaan Makanan Dan Pemakanan. Aplikasi Kaedah Penyelesaian Masalah Dalam Pengajaran Kursus Asas Penyediaan Makanan Dan Pemakanan . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
52kB

Abstract

Pembelajaran aktif merupakan salah satu pendekatan pembelajaran yang menggalakkan penglibatan pelajar secara langsung. Salah satu contoh pendekatan pembelajaran aktif ialah pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah. Kaedah Penyelesaian Masalah merupakan salah satu kaedah yang dapat melibatkan aktiviti pelajar mencari maklumat untuk menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka. Di samping itu, pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman dan kemahiran menyelesaikan masalah sendiri. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau aplikasi Kaedah Penyelesaian Masalah dalam pengajaran kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan (SPL 1112) di Universiti Teknologi Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Kaedah Penyelesaian Masalah. Prinsip tersebut ialah melakukan aktiviti dengan menggunakan proses pemikiran peringkat tinggi, topik-topik yang dipelajari terdapat dalam silibus kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan (SPL 1112), masalah yang diberikan melibatkan kognitif, peruntukan masa untuk menyelesaikan masalah mencukupi dan pensyarah bertindak sebagai fasilitator terhadap penglibatan pelajar dalam menyelesaikan masalah. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif yang dilakukan terhadap 100 sampel kajian yang terdiri daripada pelajar yang mengambil kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan (SPL 1112). Instrumen kajian yang digunakan berbentuk soal selidik. Data dan maklumat yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) 16.0 for Windows. Hasil dapatan kajian menunjukkan Kaedah Penyelesaian Masalah yang diaplikasikan dalam pengajaran kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan (SPL 1112) menepati prinsip-prinsip kaedah pengajaran berasaskan penyelesaian masalah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Problem Based Learning (PBL), Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112).
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10274
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Sep 2010 18:44
Last Modified:30 Jul 2017 01:38

Repository Staff Only: item control page