Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Dan Penilaian Modul Pembelajaran Kendiri (Mpk) Kimia Tingkatan Empat : Asid Dan Bes

Md. Salleh, Shaharuddin and Ariffin, Noor Hanizah (2010) Pembangunan Dan Penilaian Modul Pembelajaran Kendiri (Mpk) Kimia Tingkatan Empat : Asid Dan Bes. Pembangunan Dan Penilaian Modul Pembelajaran Kendiri (Mpk) Kimia Tingkatan Empat : Asid Dan Bes . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
38kB

Abstract

Dewasa ini, buku teks masih merupakan bahan yang penting dalam proses P&P, namun kesan serta sumbangannya terhadap pelajar masih dipersoalkan. Justeru, antara langkah penyelesaian yang sesuai untuk memperbaiki keadaan ini adalah dengan menggunakan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) yang mengambil kira perbezaan individu di kalangan pelajar (Shaharom dan Yap, 1991). Dengan itu, modul Kimia bersaiz B5 yang ditulis dalam Bahasa Inggeris telah dibangunkan berdasarkan silibus Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kajian ini merangkumi pembinaan serta penilaian kesesuaian (MPK) Asid dan Bes bagi mata pelajaran Kimia Tingkatan Empat yang terdiri daripada empat submodul iaitu Submodul 1 : Characteristics of Acids and Bases, Submodul 2 : The Strength of Acid and Base, Submodul 3 : Concentrations of Acids and Alkali dan Submodul 4 : Neutralization. Pendekatan yang digunakan dalam modul ini adalah Pembelajaran Masteri dan model yang digunakan ialah Model Teras- Cabang Shaharom berpandukan Model Pembinaan Modul Sidek sebagai model reka bentuk. MPK yang dibina, dinilai kesesuaiannya oleh guru mata pelajaran Kimia melalui Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dengan menggunakan Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) (Shaharom, 1994) di mana kebolehpercayaan soal selidik tersebut adalah 0.88 dengan min dan sisihan min masing-masing 94.10 dan 7.99. Seramai lima orang guru terlibat dalam PFSS untuk mengesahkan isi kandungan dan seorang guru Bahasa Inggeris terlibat untuk menilai laras bahasa yang digunakan dalam modul. Kajian rintis juga dilakukan terhadap pelajar tingkatan empat yang mengambil subjek Kimia. Data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS dalam bentuk min, sisihan min, maksimum dan minimum. Hasil kajian mendapati status MPK yang dibina adalah sesuai pada peringkat PFSS dan juga kajian rintis.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Modul Pembelajaran Kendiri (MPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10271
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Sep 2010 17:47
Last Modified:30 Jul 2017 01:06

Repository Staff Only: item control page