Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Budaya masyarakat Bugis dalam aspek perkahwinan, komunikasi dan makanan warisan

Saleh, Nor Shela and Rosli, Mohd. Shafie and Syamsuri, Andi Sukri (2022) Budaya masyarakat Bugis dalam aspek perkahwinan, komunikasi dan makanan warisan. Kajian Malaysia, 40 (2). pp. 227-253. ISSN 0127-4082

[img] PDF
474kB

Official URL: http://dx.doi.org/10.21315/km2022.40.2.10

Abstract

Adat, budaya dan warisan dalam kalangan suku Bugis perlu dikekalkan kerana ia mempunyai nilai dan identiti yang unik dan berharga. Walau bagaimanapun, ramai generasi muda semakin samar dan tidak mengetahui adat dan budaya suku Bugis. Fenomena ini disebabkan ramai generasi muda yang seakan lupa leluhur dan asal usul mereka. Justeru, kajian ini mengetengahkan tiga objektif utama tentang budaya masyarakat Bugis dalam aspek kehidupan harian iaitu mengenal pasti budaya perkahwinan suku Bugis, mengenal pasti komunikasi dalam kalangan suku Bugis dan mengenal pasti makanan warisan suku Bugis. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dan kualitatif. Pengkaji telah mengedarkan soal selidik melalui aplikasi Google Forms kepada responden di media sosial. Kaedah persampelan bertujuan telah digunakan dan hanya responden yang berketurunan suku Bugis diberikan soal selidik tersebut. Hasil kajian mendapati seramai 69 responden kajian telah menjawab soal selidik tersebut. Pengkaji juga menjalankan kajian secara pemerhatian di Kampung Tampok Laut, Benut, Johor. Beberapa majlis dan keramaian telah dihadiri bagi memastikan sumber dapatan kajian diperkukuhkan. Hasil kajian mendapati ketiga-tiga objektif kajian membuktikan suku Bugis masih lagi mengekalkan adat dan budaya mereka sama ada dalam konteks budaya perkahwinan, komunikasi dan makanan warisan. Secara tidak langsung, kajian ini dapat memberi impak kepada komuniti Bugis dan memastikan setiap generasi dapat mengekalkan identiti suku Bugis khususnya dalam aspek yang dikaji.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Bugis, komunikasi, perkahwinan, makanan warisan, adat dan budaya
Subjects:H Social Sciences > HE Transportation and Communications
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions:Management
ID Code:102709
Deposited By: Yanti Mohd Shah
Deposited On:20 Sep 2023 03:18
Last Modified:20 Sep 2023 03:18

Repository Staff Only: item control page