Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembelajaran Inkuiri Asid Dan Bes KBSM Melalui Laman Web

Ali, Mohamad Bilal and Abd. Halim, Noor Dayana (2010) Pembelajaran Inkuiri Asid Dan Bes KBSM Melalui Laman Web. Pembelajaran Inkuiri Asid Dan Bes KBSM Melalui Laman Web . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
32kB

Abstract

Kajian ini adalah untuk membangunkan laman web kimia Acids and Bases mengikut sukatan pelajaran kimia tingkatan empat KBSM. Kandungan utama laman web ini adalah pembelajaran kendiri topik Acids and Bases dengan mengaplikasikan teori konstruktivisme dan pendekatan inkuiri penemuan. Laman web ini meliputi konsep-konsep utama berkenaan tajuk ini seperti “Concept and Chemical Properties of Acids and Bases”, “Role of Water to Show the Properties of Acids and Alkalis” dan “Strength of Acids and Alkalis”. Selain itu, elemen dalam model motivasi ARCS juga turut diaplikasikan dalam pembangunan laman web ini. Bahagian rekabentuk pula mengaplikasikan model Hannafin & Peck sebagai model rekabentuk. Laman web ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver 8 sebagai platform utama dan perisian sokongan seperti Macromedia Flash 8 dan Adobe Photoshop CS2 dan Sound Forge 7. Kesimpulannya, di harapkan kajian ini dapat membantu para pelajar mengatasi masalah miskonsepsi dalam tajuk ini serta dapat dijadikan rujukan tambahan atau alternatif oleh para pelajar, guru serta masyarakat yang ingin mengetahui lebih mendalam tentang tajuk Acid and Bases ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Acid, Base, Teori Konstruktivisme, Model Hannafin & Peck
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10270
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Sep 2010 17:27
Last Modified:30 Jul 2017 01:03

Repository Staff Only: item control page