Rahim, Muhammad Roslan and Trisasongko, Annisa Palupi and Mohd. Jaafar, Mohammad Nazri and Othman, Norazila and Ramli, Yahaya and Abdul Malik, Muhammad Syahiran and Said, Mazlan (2022) Ulasan: pembangunan teknologi penggasan dan penggunaan. Jurnal Teknologi, 84 (1). pp. 193-210. ISSN 0127-9696
PDF
545kB |
Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/jurnalteknologi.v84.177...
Abstract
Teknologi penggasan berpotensi menghasilkan sumber tenaga bersih dan cekap. Teknologi ini berkeupayaan menghasilkan gas sintesis dari pada bahan mentah berasaskan karbon bernilai rendah atau negatif seperti arang batu, kok petroleum, minyak bahan api bersulfur tinggi, bahan buangan atau sisa dan biojisim. Gas yang dihasilkan daripada proses tersebut digunakan menggantikan gas asli, bertujuan menjana kuasa elektrik, atau sebagai bahan mentah asas untuk menghasilkan bahan kimia dan bahan api cecair. Penggasan merupakan proses yang menggunakan haba, tekanan, dan wap untuk mengubah bahan secara langsung menjadi gas, seperti gas karbon monoksida dan hidrogen. Teknologi penggasan mempunyai perbezaan dalam pelbagai aspek namun terdapat empat faktor kejuruteraan yang menjadi teras kepada sistem penggasan seperti reaktor penggasan atmosfera (tahap kandungan oksigen atau udara), pemanasan dalaman dan luaran, rekabentuk reaktor dan suhu operasi. Bahan mentah yang digunakan, disediakan dan dimasukkan dalam bentuk kering atau butiran kecil, ke ruang reaktor yang disebut sebagai penggas. Bahan mentah mengalami keadaan panas, tekanan serta persekitaran yang kaya atau rendah dengan kandungan oksigen di dalam penggasan. Terdapat tiga produk utama dari proses penggasan iaitu gas hidrokarbon (juga disebut singas), cecair hidro karbon (minyak) dan arang (karbon hitam dan abu). Singas dapat digunakan sebagai bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik atau wap, sebagai blok asas untuk pelbagai jenis bahan kimia. Apabila bercampur dengan udara, singas dapat digunakan dalam enjin petrol atau diesel dengan sedikit pengubahsuaian pada enjin.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | penggasan, gas sintesis, faktor kejuruteraan, bahan mentah, produk utama |
Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery |
Divisions: | Mechanical Engineering |
ID Code: | 102698 |
Deposited By: | Yanti Mohd Shah |
Deposited On: | 20 Sep 2023 03:17 |
Last Modified: | 20 Sep 2023 03:17 |
Repository Staff Only: item control page