Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar SPI Terhadap Buku-Buku Rujukan Islam Di Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM, Skudai

Nizar, Tamar Jayan and Mohd. Rasidi, Noor Azalea (2010) Persepsi Pelajar SPI Terhadap Buku-Buku Rujukan Islam Di Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM, Skudai. Persepsi Pelajar Spi Terhadap Buku-Buku Rujukan Islam Di Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM, Skudai . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
101kB

Abstract

Koleksi bahan yang disediakan di perpustakaan sangat penting dalam proses pembelajaran mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap buku rujukan Islam di Perpustakaan Sultanah Zanariah. Seramai 84 responden dalam kalangan pelajar SPI tahun 3 dan 4 di UTM Skudai terlibat dalam kajian ini. Kaedah soal selidik telah digunakan untuk mengukur persepsi pelajar ke atas ketiga-tiga aspek yang dikaji. Soal selidik bagi kajian ini adalah menggunakan skala Likert yang mengandungi 30 item soalan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Packages ForSocial Sciences Windows (SPSS) Versi 14.0. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha 0.747. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar SPI terhadap perkhidmatan di perpustakaan berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min 3.54, diikuti dengan persepsi pelajar SPI terhadap buku-buku rujukan Islam di perpustakaan berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min 3.51 dan apakah masalah yang dihadapi ketika mendapatkan bahan di perpustakaan berada pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.45. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Statistical Packages For Social Sciences Windows (SPSS), Cronbach’s Alpha
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10269
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Sep 2010 17:08
Last Modified:05 Jun 2017 10:04

Repository Staff Only: item control page