Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Peranan ibubapa dalam Persatuan Ibubapa Dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Kulai, Johor

Yasin, M. Al Muz-Zammil and Moong, Sow Kuan (2010) Peranan ibubapa dalam Persatuan Ibubapa Dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Kulai, Johor. N/A . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
60kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peranan ibubapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guruguru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Kulai, Johor. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 172 orang ibubapa pelajar Darjah Lima yang menuntut di tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kulai Johor. Sekolahsekolah yang menjadi populasi kajian adalah SJK(C) Senai, SJK(C) Saleng dan SJK(C) Seelong. Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen kajian ini adalah 0.8859. Analisis data dalam kajian ini dijalankan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 13. Dapatan kajian menunjukkan ibubapa memandang tinggi terhadap peranan mereka sebagai penjaga kepada anak-anak mereka (min=4.19) dan juga peranan mereka sebagai ahli PIBG di sekolah (min=3.78). Dapatan kajian ini juga menunjukkan sebab-sebab ibubapa kurang melibatkan diri dalam aktiviti PIBG sekolah iaitu (1) tiada masa kerana sibuk dengan kerja seharian, (2) isteri atau suami saya tidak mahu turut serta dalam aktiviti PIBG, (3) tidak mahu bersuara dalam mesyuarat, (4) kurang minat terhadap masalah sekolah, dan (5) segan untuk mengeluarkan pendapat semasa mesyuarat. Penyelidik menyarankan cadangan untuk kajian lanjutan dalam bidang ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG), Statistical Package for Social Sciences (SPSS)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10268
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Sep 2010 04:39
Last Modified:30 Oct 2013 00:20

Repository Staff Only: item control page