Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesesuaian Kursus Kemahiran Asas Di Ikm Negeri Kedah Terhadap Keperluan Pekerjaan Dalam Sektor Industri

Buntat, Yahya and Mohd Salleh, Mohd Sukri (2010) Kesesuaian Kursus Kemahiran Asas Di Ikm Negeri Kedah Terhadap Keperluan Pekerjaan Dalam Sektor Industri. Kesesuaian Kursus Kemahiran Asas Di Ikm Negeri Kedah Terhadap Keperluan Pekerjaan Dalam Sektor Industri . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
38Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian kursus yang ditawarkan di IKM dalam menyediakan kemahiran asas bagi membantu para pelatih di Negeri Kedah dalam mendapatkan pekerjaan di industri selepas mengikuti kursus kemahiran. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen yang berbentuk data-data dan maklumat yang diperolehi dari IKM Negeri Kedah. Kajian hanya menggunakan data dan maklumat dari tempat kajian dan diproses dengan kaedah analisis dokumen secara manual. Hasil kajian ini mendapati bahawa kursus dan latihan kemahiran yang ditawarkan di IKM adalah bersesuaian dan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada para belia bumiputera selepas tamat mengikuti kursus yang dijalankan. Kebanyakan kursus dan latihan yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan kehendak industri dan pekerjaan masa kini. Pelatih lepasan SPM/SPMV dan GIAT MARA turut mendapatkan latihan dan kemahiran bagi meningkatkan prestasi kerjaya. Didapati juga para pelatih yang telah menamatkan kursus berjaya menempatkan diri di sektor awam dan swasta terutamanya di sektor perkilangan, permotoran dan lain-lain industri yang berkaitan. Selain daripada itu, aspek latihan yang diikuti oleh belia di IKM dapat memenuhi kehendak pekerjaan. Bagi memantapkan lagi tahap profesionalisme adalah disarankan agar perhubungan yang baik dapat dijalinkan diantara pihak IKM dengan pihak industri dalam meningkatkan taraf kursus yang dijalankan. Katakunci: IKM, Giat Mara, SPM, SPMV

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:IKM, Giat Mara, SPM, SPMV
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10267
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Sep 2010 04:19
Last Modified:22 Sep 2010 03:43

Repository Staff Only: item control page