Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Fakulti Pendidikan (Sains Sukan) Terhadap Gejala Seksual Di Kalangan Kanak-Kanak

Samat, Abd. Basit and Idris, Mohd. Rajiee (2010) Persepsi Pelajar Fakulti Pendidikan (Sains Sukan) Terhadap Gejala Seksual Di Kalangan Kanak-Kanak. Persepsi Pelajar Fakulti Pendidikan (Sains Sukan) Terhadap Gejala Seksual Di Kalangan Kanak-Kanak . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
101kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar Fakulti Pendidikan (Sains Sukan) terhadap gejala seksual di kalangan kanak-kanak. Di samping itu kajian ini juga mengkaji faktor-faktor yang mendorong berlakunya gejala seksual di kalangan kanak-kanak serta mengenal pasti langkahlangkah mengatasi gejala seksual yang berlaku di kalangan kanak-kanak. Seramai 83 pelajar dari Tahun Satu, Tahun Dua, Tahun Tiga Dan Tahun Empat Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) dipilih secara rawak sebagai responden. Set soal selidik mengandungi 39 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 14.0 for Windows. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah ? = 0.904. Dapatan kajian menunjukkan persepsi mahasiswa SPS terhadap gejala seksual di kalangan kanakkanak berada pada tahap min yang tinggi iaitu dengan nilai min 4.20, diikuti dengan faktor-faktor yang mendorong berlakunya gejala seksual di kalangan kanak-kanak dengan nilai min 4.24 juga berada di tahap tinggi dan langkah-langkah bagi mengatasi gejala seksual di kalangan kanak-kanak iaitu nilai min 4.56.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Sains Sukan, Gejala Seksual, Statistical Package for Social Science
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10266
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Sep 2010 04:16
Last Modified:30 Jul 2017 00:48

Repository Staff Only: item control page