Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Trait Personaliti Di Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Abd Ghani, Faizah and Mat Deris, Mohd Kamil (2010) Trait Personaliti Di Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Trait Personaliti Di Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
38kB

Abstract

Kajian ini mengkaji trait personaliti di kalangan pelajar kemahiran hidup Fakulti Pendidikan UTM. Sebanyak 99 responden telah dipilih menggunakan persampelan purposif atau bertujuan. Terdapat dua jenis soal selidik yang digunakan dalam kajian ini. Soal selidik pada bahagian A adalah tentang latar belakang responden. Soal selidik pada bahagian B pula adalah berpusat kepada trait personaliti berdasarkan teori Holland yang mempunyai nilai Croanbach alpha 0.85 hingga 0.97 (Amla, 1992). Analisis deskriptif menunjukkan trait personaliti yang diperolehi oleh responden ini adalah sosial, artistik dan convensional(SAC) untuk item kesukaan manakala sosial, enterprising dan realistik(SER) untuk item kecekapan. Dapatan kajian juga menunjukkan majoriti responden mempunyai trait personaliti SER dan trait ini berpadanan dengan kod tiga huruf Holland. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan 61.6% responden mempunyai tahap padanan yang baik dari segi darjah kongruen personaliti yang berdasarkan kepada Indeks kongruen Iachan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan terdapat keselarasan antara trait personaliti dengan kerjaya perguruan yang dipilih.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Teori Holland, Croanbach alpha, sosial, artistik dan convensional(SAC), sosial, enterprising dan realistik(SER)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10265
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Sep 2010 04:13
Last Modified:30 Jul 2017 00:46

Repository Staff Only: item control page