Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Utm Terhadap Pembayaran Caj Perkhidmatan Dalam Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Rosman, Arieff Salleh and Mohd. Jalil, Mohd. Firdaus (2010) Persepsi Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Utm Terhadap Pembayaran Caj Perkhidmatan Dalam Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Persepsi Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Utm Terhadap Pembayaran Caj Perkhidmatan Dalam Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) . pp. 1-12. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
69kB

Abstract

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah pihak yang bertanggungjawab dalam memberikan kemudahan pinjaman kepada pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan mentadbir pembayaran semula pembiayaan serta pinjaman pelajaran. Kepentingan kajian ini untuk memberi kesedaran kepada pihak pelajar yang menuntut di IPT tentang caj perkhidmatan yang dikenakan dalam pinjaman pelajaran tersebut serta memberi peringatan kepada pihak PTPTN bahawa caj perkhidmatan yang dikenakan ke atas setiap pinjaman pelajaran tersebut adalah termasuk dalam unsur lebihan atau riba. Objektif kajian ini adalah bagi mengenal pasti faktor yang mendorong pelajar membuat pinjaman PTPTN, mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman PTPTN dan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap kesan pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman PTPTN. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan kaedah serta data yang digunakan adalah bersifat kuantitatif. Seramai 122 orang reponden terdiri daripada 5 kursus pelajar tahun empat yang berlainan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor telah dipilih sebagai sampel. Kajian ini menggunakan soal selidik bagi mendapatkan data kajian dan memproses data yang diperolehi dengan menggunakan perisian SPSS version 14.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar mempunyai faktor yang tersendiri untuk membuat pinjaman PTPTN dengan catatan min sebanyak 3.71. Namun, kajian juga menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar terhadap pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman PTPTN adalah tinggi mencatatkan min 3.77. Pembayaran caj perkhidmatan dalam pinjaman PTPTN juga dapat memberikan kesan kepada pelajar berdasarkan catatan min 3.98.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Institusi Pengajian Tinggi (IPT), SPSS
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10264
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Sep 2010 04:11
Last Modified:30 Jul 2017 00:31

Repository Staff Only: item control page