Hushin, Hassan and Mahmud, Nurfarahiyah (2010) Tinjauan Kategori Masalah Dalam Kalangan Pelajar Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim. Tinjauan Kategori Masalah Dalam Kalangan Pelajar Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim. . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
38Kb |
Abstract
Kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengkaji kategori masalah yang dihadapi oleh pelajar antarabangsa dan mengenal pasti masalah utama dari segi demografi (jantina,umur, agama dan status). Sampel kajian ini terdiri 135 orang pelajar antarabangsa peringkat sarjana muda di Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan ialah “Mooney Problem Check List” (MPCL). Cara kajian yang dilakukan ialah melalui soal selidik. Data- data yang diperolehi kemudiannya di analisis menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences ( SPSS ) for Windows versi 12.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, min dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan kategori masalah yang paling mengganggu para pelajar antarabangsa ialah pelajaran dan kerjaya masa depan (52.15%), diikuti oleh masalah kewangan, keadaan hidup dan pekerjaan (43.11%) serta masalah kegiatan social dan hiburan (42.70%). Pelajar antarabangsa juga menghadapi masalah terhadap perkhidmatan internet, makanan, bahasa dan hubungan sosial dengan pelajar tempatan. Oleh itu, beberapa cadangan dikemukan bagi mengatasi masalah ini. Katakunci : Mooney Problem Check List (MPCL), Statistical Packages For Social Sciences (SPSS)
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Mooney Problem Check List (MPCL), Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) |
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Education |
| ID Code: | 10263 |
| Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
| Deposited On: | 10 Sep 2010 18:29 |
| Last Modified: | 22 Sep 2010 03:33 |
Repository Staff Only: item control page

