Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kaitan Faktor Penyumbang Dengan Kecemerlangan Akademik Pelajar Asrama Harian

Kamaruddin, Meor Ibrahim and Mohamad Rawan, Nuremelia (2010) Kaitan Faktor Penyumbang Dengan Kecemerlangan Akademik Pelajar Asrama Harian. Kaitan Faktor Penyumbang Dengan Kecemerlangan Akademik Pelajar Asrama Harian . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
87kB

Abstract

Kecemerlangan akademik merupakan matlamat utama semua pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti apakah kaitan faktor sikap, motivasi, rakan sebaya dan program pembelajaran asrama dengan kecemerlangan pelajar asrama harian. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 61 orang pelajar tingkatan 4 dari empat buah asrama sekolah menengah kebangsaan harian di daerah Johor Bahru. Instrumen kajian yang digunakan mengandungi 32 item yang berdasarkan kepada skop kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji (? = 0.8827) manakala keesahan item-item diperolehi menerusi perbincangan dengan pakar. Data-data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 10.0. Dapatan kajian mendapati secara keseluruhannya kesemua faktor yang dikaji mempunyai kaitan dengan kecemerlangan pelajar asrama harian. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar-pelajar ini. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi meningkatkan prestasi pelajar-pelajar asrama.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Statistical Package for Social Science (SPSS), academic achievement.
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10262
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Sep 2010 17:57
Last Modified:27 Jul 2017 06:49

Repository Staff Only: item control page