Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik Semasa Latihan Mengajar

Noordin, Shaharom and Zainal Abiden, Nur Faizah (2010) Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik Semasa Latihan Mengajar. Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik Semasa Latihan Mengajar . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
97kB

Abstract

Tahap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam kalangan bakal guru Fizik telah menarik perhatian ramai pengkaji. Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan bakal guru Fizik dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) semasa Latihan Mengajar (LM). Kajian ini hanya melibatkan dua aspek penggunaan BBM iaitu kemahiran penggunaan dan kepentingan penggunaan BBM. Seramai 38 orang, 12 orang lelaki dan 26 orang perempuan pelajar tahun empat daripada dua program pengajian Fizik terlibat sebagai peserta kajian ini. Dua pembolehubah bebas digunakan dalam kajian ini iaitu program pengajian dan jantina. Reka bentuk kajian adalah melalui kaedah tinjauan dan alat kajian yang digunakan adalah Soal Selidik Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Mata Pelajaran Fizik yang terdiri daripada 10 item pilihan kekerapan dan 30 item pilihan skala Likert serta satu soalan terbuka. Kebolehpercayaan alat kajian ini ialah .86. Analisis Statistik deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratus, min, sisihan lazim, markat maksimum dan markat minimum digunakan untuk menganalisis data. Secara keseluruhannya, tahap penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik adalah tinggi. Dapatan kajian juga mernunjukkan tiada perbezaan tahap penggunaan BBM merentas program pengajian dan jantina iaitu masing-masing pada tahap yang tinggi. Kesimpulannya, usaha untuk meningkatkan tahap penggunaan BBM dalam kalangan bakal guru Fizik boleh dipergiatkan lagi untuk mencapai matlamat pembelajaran yang berkesan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Physics trainee teachers, Teaching Aids, Descriptive statistical analysis
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10259
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Sep 2010 17:15
Last Modified:07 Jun 2017 03:04

Repository Staff Only: item control page