Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Ruangan Kesenian Dan Isu Semasa Matematik Dalam Majalah Web Dinamik ’Dunia Matematik’

Ismail, Zaleha and Mohd Adnan, Mohd Khairil Anuar (2010) Pembangunan Ruangan Kesenian Dan Isu Semasa Matematik Dalam Majalah Web Dinamik ’Dunia Matematik’. Pembangunan Ruangan Kesenian Dan Isu Semasa Matematik Dalam Majalah Web Dinamik ’Dunia Matematik’ . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
92kB

Abstract

Pandangan tentang matematik tercemar berikutan cara ia diajar disekolah. Sistem persekolahan zaman sekarang berasaskan peperiksaan dimana pembelajaran terlalu menumpukan kepada perkiraan dan penggunaan rumus manakala kaedah pembelajaran terbatas kepada latih tubi. Oleh itu, pelajar mempunyai sikap yang negatif terhadap matematik. Dalam realiti, matematik merupakan ilmu yang sangat berguna untuk menjalani kehidupan seharian, menarik dan menyeronokkan. Dengan mengaplikasikan teknologi e-pembelajaran, Dunia Matematik bertujuan untuk mendedahkan sifat matematik sebenar menjangkaui matematik di bilik darjah kepada masyarakat Malaysia terutamanya pendidik, pelajar serta ibu bapa. Ia menekankan pembelajaran terbuka, pembelajaran kendiri dan pembelajaran kolaboratif dimana ia membenarkan pelajar untuk belajar secara sendiri selain berinteraksi dengan objek pembelajaran, guru dan rakan sebaya. Ruangan menu utama menonjolkan artikel berkaitan matematik manakala ruangan menu aktiviti menonjolkan permainan interaktif, kuiz atas talian dan soal selidik. Ruangan e-forum, komen dan penghantaran artikel membenarkan pengguna berinteraksi dengan komuniti majalah ini. Projek ini dibangunkan menggunakan sistem pengurusan kandungan Joomla dan sistem pengurusan kursus Moodle dimana kedua-duanya merupakan perisian sumber terbuka. Penulisan ini hanya menumpukan kepada ruangan Isu Semasa dan Kesenian. Ruangan kesenian menerangkan tentang kesenian yang terdapat dalam matematik, antaranya ketinggian menara, rekaan duit, jenaka dalam matematik, dan keajaiban nombor. Manakala Isu Semasa pula menghuraikan tentang isu-isu yang mempunyai perkaitan dengan matematik, antaranya isu PPSMI, harga minyak, dan juga hiburan dalam matematik. Persekitaran pembelajaran dimantapkan dengan grafik, audio dan video. Oleh itu, diharapkan kewujudan Dunia Matematik dapat menerapkan sikap positif dan penghargaan terhadap matematik dalam komuniti Malaysia.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Matematik, e-forum, Isu semasa, Kesenian
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10258
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Sep 2010 18:59
Last Modified:27 Jul 2017 06:28

Repository Staff Only: item control page