Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penerapan Unsur Sejarah Dalam Matematik Kbsm Bagi Topik Teorem Pythagoras.

Kailani, Ismail and Zubir, Mohd Fazli (2010) Penerapan Unsur Sejarah Dalam Matematik Kbsm Bagi Topik Teorem Pythagoras. Penerapan Unsur Sejarah Dalam Matematik Kbsm Bagi Topik Teorem Pythagoras. . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
31Kb

Abstract

Penerapan unsur sejarah dalam matematik KBSM merupakan satu usaha murni yang sedang dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dan para guru supaya mereka lebih meminati dan merasai betapa indahnya ilmu matematik itu. Secara amnya, Teorem Pythagoras merupakan salah satu cabang di dalam bidang geometri yang wujud sejak 2500 tahun dahulu di mana ia diwakili dengan rumus a2 = b2 + c2. Jesteru, kajian ini telah dilaksanakan untuk mengetahui sejauh mana pemahaman dan pengetahuan para pelajar dan para guru tentang kewujudan pembuktian Teorem Pythagoras dari aspek Tamadun China, India, Arab dan juga Barat. Di samping itu, terdapat beberapa kaedah pengajaran mengenai Teorem Pythagoras yang cuba diketengahkan. Antaranya ialah kaedah penemuan (kaedah Hawkins dan kaedah Beamer), kaedah keratan (kaedah Taylor dan kaedah Perigal) dan juga kaedah Transformasi Geometri (kaedah Dobbs dan kaedah Busbridge). Kesemua pembuktian dan kaedah pengajaran bagi Teorem Pythagoras ini dijangka mampu untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada para pelajar dan para guru tentang aspek-aspek sejarah matematik supaya ia tidak dilupakan dengan begitu sahaja. Katakunci: Matematik, Teorem Pythagoras, Hawkins, Beamer, Taylor, Busbridge

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Matematik, Teorem Pythagoras, Hawkins, Beamer, Taylor, Busbridge
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10257
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Sep 2010 18:56
Last Modified:22 Sep 2010 03:17

Repository Staff Only: item control page