Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Spi Terhadap Amalan Kemahiran Insaniah Dalam Pembelajaran

Suratman, Azmi Shah and Mohd Rosli, Mohd Fariiqul Amin (2010) Persepsi Pelajar Spi Terhadap Amalan Kemahiran Insaniah Dalam Pembelajaran. Persepsi Pelajar Spi Terhadap Amalan Kemahiran Insaniah Dalam Pembelajaran . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
115kB

Abstract

Dalam era globalisasi terkini, dengan hanya mempunyai pencapaian akademik sahaja tidak akan mencukupi bagi graduan untuk diterima bekerja oleh mana-mana majikan. Mereka perlu memiliki kemahiran-kemahiran tambahan yang dinamakan Kemahiran Insaniah. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi pelajar SPI terhadap Kemahiran Insaniah. Seramai 80 responden terpilih sebagai sampel kajian ini. Kajian deskriptif ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik. Soal selidik yang dibina dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian A dan bahagian B. Secara umumnya, bagahian A merangkumi item-item soal selidik berkaitan latar belakang responden. Bahagian B pula mengandungi item-item soalan berkaitan kefahaman pelajar terhadap Kemahiran Insaniah, pengamalan pelajar terhadap elemen Kemahiran Insaniah dan kepentingan Kemahiran Insaniah dalam pembelajaran. Data kajian dianalisis dengan berbantukan perisian Statistical Package For Social Science(SPSS) versi 12.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya pelajar SPI mempunyai kefahaman yang tinggi terhadap Kemahiran Insaniah. Pengamalan elemen-elemen Kemahiran Insaniah juga adalah tinggi dalam kalangan pelajar SPI. Mereka juga menyededari bahawa Kemahiran Insaniah adalah penting dalam pembelajaran. Berdasarkan dapatan kajian ini, beberapa cadangan telah dibuat bagi memantapkan lagi penguasaan dan pengamalan terhadap elemen-elemen Kemahiran Insaniah supaya pelajar SPI lebih terampil serta dapat mengaplikasikan Kemahiran Insaniah dalam setiap perkara yang dilakukan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Statistical Package For Social Science(SPSS), Kemahiran Insaniah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10256
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Sep 2010 18:53
Last Modified:27 Jul 2017 04:31

Repository Staff Only: item control page