Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Kamus Fizik Interaktif Berasaskan Web: Askphysics

Aris, Baharuddin and Abd Rahman, Norsyafrina (2010) Pembangunan Kamus Fizik Interaktif Berasaskan Web: Askphysics. Pembangunan Kamus Fizik Interaktif Berasaskan Web: Askphysics . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
56Kb

Abstract

Tujuan projek ini adalah untuk mereka bentuk dan membangunkan sebuah Kamus Fizik Interaktif AskPhysics berasaskan web bagi istilah Fizik Tingkatan Empat mengikut huraian sukatan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kamus web ini dibina dengan perisian Macromedia Dreamweaver 8 dan perisian sokongan lain seperti Adobe Photoshop CS2 dan Sony Foundry Sound Forge 6.0. Penghasilan kamus web ini berpandukan oleh ciri-ciri reka bentuk persekitaran pembelajaran konstruktivis oleh Jonassen (1999) seperti pendedahan dan manipulasi masalah, alat kognitif (pembangunan pengetahuan), alat kolaboratif, sokongan sosial dan kontekstual. Selain itu, elemen multimedia teks, grafik, animasi, audio dan video juga diintegrasikan dalam pembangunan web agar menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menghiburkan. Model ADDIE telah dijadikan tunjang asas bagi pembangunan web ini. Diharapkan dengan pembangunan kamus berasaskan web ini dapat membantu pelajar memahami dan seterusnya menguasai konsep asas fizik. Katakunci : Adobe Photoshop CS2, on constructivist learning environment (CLE), ADDIE model.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Adobe Photoshop CS2, on constructivist learning environment (CLE), ADDIE model.
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10253
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Sep 2010 18:29
Last Modified:22 Sep 2010 03:09

Repository Staff Only: item control page