Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Modul “Basic Of Electric And Electronic”

Arsat, Mahyuddin and Shafie, Norshahidah (2010) Pembangunan Modul “Basic Of Electric And Electronic”. Pembangunan Modul “Basic Of Electric And Electronic” . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
40kB

Abstract

Modul merupakan bahan pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan para pelajar belajar secara sendiri. Penggunaan modul bukan sahaja dapat membantu pengguna memahami isi pelajaran malah dapat menambahkan lagi penguasaan terhadap sesuatu topik yang terkandung di dalam modul. Justeru itu, projek telah dijalankan untuk menghasilkan sebuah modul yang bertajuk “Basic of Electric and Electronic”. Tujuan projek ini adalah untuk menghasilkan modul akademik dalam bahasa Inggeris. Disamping itu, modul ini dibangunkan berdasarkan Model Pembangunan Modul Sidek dan Teori Beban Kognitif. Modul berkenaan mengandungi satu topik utama iaitu Passive Component dan terbahagi kepada tiga sub topik iaitu Resistor, Capacitor dan Inductor. Setiap sub topik mengandungi hasil pembelajaran (objektif), pengenalan, isi pelajaran, dan aktiviti yang dilengkapi dengan gambar rajah berlabel sebagai rujukan dan contoh. Penilaian modul terbahagi kepada tiga iaitu, kesahan, kebolehpercayaan dan penilaian keberkesanan. Seramai dua orang pakar bidang Electric and Electronic menilai kesahan modul, lapan belas orang pelajar 1 SPH (PERTANIAN) menilai kebolehpercayaan modul dan 24 orang pelajar 1 SPH (ERT) terlibat dalam penilaian keberkesanan modul. Penghasilan modul ini diharap dapat membantu pelajar dalam mempelajari topik ini dengan lebih baik dan jelas.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:modul Basic of Electric and Electronic, Model Pembangunan Modul Sidek dan Teori Beban Kognitif, Resistor, Capacitor, Inductor.
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10252
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Sep 2010 18:14
Last Modified:27 Jul 2017 04:18

Repository Staff Only: item control page