Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengetahuan Bakal Guru Sains Tentang Peraturan Dan Keselamatan Makmal

Kamaruddin, Meor Ibrahim and Mohd Isha, Normi Zulfa (2010) Pengetahuan Bakal Guru Sains Tentang Peraturan Dan Keselamatan Makmal. Pengetahuan Bakal Guru Sains Tentang Peraturan Dan Keselamatan Makmal . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
73Kb

Abstract

Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah berlangsung di dalam makmal sains. Pengetahuan guru tentang peraturan dan langkah keselamatan di dalam makmal sains adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran serta mengelak berlakunya sebarang kecelakaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pengetahuan bakal guru Sains Universiti Teknologi Malaysia tentang peraturan dan keselamatan makmal. Tiga aspek utama yang dikaji ialah peraturan am, teknik penggunaan peralatan dan cara pengendalian bahan kimia di dalam makmal sains. Kajian yang dijalankan berbentuk diskriptif iaitu menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sebanyak 44 orang pelajar tahun 3 dan 4 Kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains diambil sebagai sampel kajian. Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science Version 16.0 (SPSS V16.0 for Windows) berdasarkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan bakal guru sains secara keseluruhan tentang peraturan dan keselamatan makmal adalah tinggi (min 3.87). Beberapa cadangan kajian juga dikemukakan pada akhir kajian ini. Katakunci : Statistical Packages For Social Science Version 16.0 (SPSS V16.0 for Windows), Laboratory.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Statistical Packages For Social Science Version 16.0 (SPSS V16.0 for Windows), Laboratory.
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10250
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Sep 2010 17:44
Last Modified:22 Sep 2010 03:03

Repository Staff Only: item control page