Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Literasi Ict Dalam Kalangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, Johor.

Idris, Abd. Razak and Hassan, Nurul ‘Aliyah (2010) Literasi Ict Dalam Kalangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, Johor. Literasi Ict Dalam Kalangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, Johor. . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
33kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat Literasi ICT dalam kalangan pelajar tahun 4 Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Empat aspek Literasi ICT pelajar dikaji iaitu dari segi a) tahap Literasi ICT berdasar kemahiran teknikal, b) tahap Literasi ICT berdasar kemahiran kognitif, c) tahap Literasi ICT pelajar dan d) faktor yang mempengaruhi penggunaan ICT. Sampel kajian terdiri daripada 218 pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Kajian berbentuk diskriptif ini menggunakan instrumen soal selidik yang berasas Skala Likert. Nilai kebolehpercayan soal selidik mengikut Alpha Cronbach adalah 0.91. Data yang diperoleh diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 10.0 untuk mencari kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian ini menunjukkan tahap Literasi ICT berada pada tahap ‘tinggi’ (min 3.73) di mana nilai min tahap Literasi ICT berdasar kemahiran teknikal dan kemahiran kognitif masing-masing ialah 3.73 . Faktor utama yang mempengaruhi penggunaan ICT ialah faktor persekitaran (min 3.96), diikuti faktor akademik (min 3.90) dan P&P dan yang terakhir faktor sikap (min 3.79). Penyelidik mengemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam ICT.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Information and Communication Technology (ICT), Literacy,
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10245
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Sep 2010 00:30
Last Modified:27 Jul 2017 04:04

Repository Staff Only: item control page