Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan Modul Pengajaran Kendiri Pemodelan Permukaan 3 Dimensi Mata Pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer

Saud, Muhammad Sukri and Mohd Alimi, Lokman (2010) Pembinaan Modul Pengajaran Kendiri Pemodelan Permukaan 3 Dimensi Mata Pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer. Pembinaan Modul Pengajaran Kendiri Pemodelan Permukaan 3 Dimensi Mata Pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
76kB

Abstract

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) adalah pakej pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan pelajar belajar secara individu mengikut kadar kecepatan diri. Untuk kajian ini, ia melibatkan pembinaan dan penilaian kesesuaian MPK bertajuk Pemodelan Permukaan 3D bagi mata pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer. Sebanyak tiga buah MPK telah dibina iaitu MPK 1: Objek Primitif, MPK 2: 3DFace, Pface, 3Dmesh, dan MPK 3: Permukaan Kompleks. Kesemua MPK yang dibina berpandukan Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994). Alat kajian yang digunakan ialah Soal Selidik Kesesuaian MPK (Guru) (Shaharom,1994) yang diubahsuai. Kesesuaian MPK dinilai oleh pensyarah mata pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer menerusi dua peringkat iaitu Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK). Setiap peringkat penilaian melibatkan dua orang pensyarah. Data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk min, maksimum dan minimum. Hasil kajian mendapati status MPK yang dibina adalah sesuai pada kedua-dua peringkat PFSS dan PFKK.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS), Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK), Modul Pengajaran Kendiri (MPK)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10240
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Sep 2010 22:48
Last Modified:27 Jul 2017 03:40

Repository Staff Only: item control page