Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan Perisian Geometer’s Sketchpad Untuk Tajuk Pembinaan Geometri Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

Mohd. Kosnin, Azlina and Lok, Yian Lin (2010) Keberkesanan Perisian Geometer’s Sketchpad Untuk Tajuk Pembinaan Geometri Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Keberkesanan Perisian Geometer’s Sketchpad Untuk Tajuk Pembinaan Geometri Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
141kB

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/46164024_...

Abstract

Pelajar sering kali menghadapi masalah dalam memahami dan menguasai konsep geometri apabila mempelajari tajuk pembinaan geometri. Keupayaan visualisasi spatial sering dikait rapat dengan penguasaan konsep geometri. Kajian ini telah dijalankan untuk melihat keberkesanan perisian Geometer’sSketchpad (GSP) dalam meningkatkan tahap keupayaan visualisasi pelajar dan tahap pencapaian pelajar dalam pembinaan geometri. Selain daripada itu, keberkesanan GSP juga dikaji dalam membantu pelajar dari tahap pencapaian matematik dan keupayaan visualisasi yang berbeza. Akhir sekali, masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan perisian GSP dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dikaji. Partisipan terdiri daripada 72 orang pelajar tingkatan dua dan tiga orang guru matematik. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk eksperimen yang melibatkan satu kumpulan pretest-posttest dan temuduga berstruktur. Ujian visualisasi spatial dan ujian penilaian tahap pencapaian bagi tajuk pembinaan geometri telah diberi kepada pelajar sebelum dan selepas aplikasi kaedah GSP dan temuduga berstuktur telah dikendalikan secara perseorangan ke atas guru-guru yang pernah menggunakan GSP. Dapatan kajian kuantitatif menunjukkan peningkatan pencapaian yang memberangsangkan dalam tajuk pembinaan geometri bagi pelajar selepas menggunakan perisan GSP. Analisis juga mendapati perisian GSP adalah berkesan dalam membantu pelajar yang berpencapaian rendah dan tinggi dalam tajuk pembinaan geometri. Selain itu, dapatan juga menunjukkan peningkatan keupayaan visualisasi pelajar selepas penggunaan perisian GSP. Manakala analisis perbezaan pencapaian pelajar menunjukkan terdapat peningkatan yang amat ketara bagi pelajar yang berkeupayaan visualisasi tinggi. Masalah yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan perisian GSP dalam pengajaran dan pembelajaran termasuk tempoh masa pengajaran terhad, kekurangan komputer, kepelbagaian tahap pengetahuan dan kemahiran komputer pelajar, kelemahan penguasan bahasa Inggeris pelajar serta kekurangan masa dan pendedahan bagi guru untuk menguasai kemahiran perisian GSP.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Geometer’s Sketchpad (GSP), geometri
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10239
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Sep 2010 22:37
Last Modified:26 Feb 2017 07:38

Repository Staff Only: item control page