Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pandangan Guru Terhadap Pengurangan Waktu Pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Daripada Empat Waktu Kepada Tiga Waktu: Satu Tinjauan Di Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak

Mukhari, Abd. Wahid and Liew, Pui San (2010) Pandangan Guru Terhadap Pengurangan Waktu Pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Daripada Empat Waktu Kepada Tiga Waktu: Satu Tinjauan Di Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak. Pandangan Guru Terhadap Pengurangan Waktu Pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Daripada Empat Waktu Kepada Tiga Waktu: Satu Tinjauan Di Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
54kB

Abstract

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Teras dan Bahagian Pilihan. Terdapat banyak topik yang guru perlu mengajar bagi menghabiskan silibus dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pengurangan waktu pengajaran daripada empat waktu kepada tiga waktu seminggu mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan guru terhadap kesan pengurangan waktu pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu daripada empat waktu kepada tiga waku di Sekolah Menengah daerah Hilir Perak. Seramai 62 orang guru Kemahiran Hidup Bersepadu daripada 11 buah Sekolah Menengah daerah Hilir Perak telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan satu set soal selidik yang diedarkan kepada guru-guru tersebut. Data yang diperoleh dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) Versi 11.0. Kajian rintis memperolehi keputusan pekali alpha sebanyak 0.845. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa (i) pengurangan waktu pengajaran menyebabkan pelajar menghadapi kesuntukan masa untuk menjalankan aktiviti amali di bengkel (ii) pengurangan waktu pengajaran menyebabkan responden kesukaran menilai kerja amali pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Statistical Packages For Social Sciences (SPSS), Kemahiran Hidup
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10238
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Sep 2010 22:23
Last Modified:24 May 2017 08:04

Repository Staff Only: item control page