Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Ruangan Pembelajaran Berkesan Dan Penaksiran Dalam Majalah Web Dinamik ’Dunia Matematik’

Ismail, Zaleha and Nordin, Nurul Nuha (2010) Pembangunan Ruangan Pembelajaran Berkesan Dan Penaksiran Dalam Majalah Web Dinamik ’Dunia Matematik’. Pembangunan Ruangan Pembelajaran Berkesan Dan Penaksiran Dalam Majalah Web Dinamik ’Dunia Matematik’ . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
136kB

Abstract

Persepsi mengenai matematik tercemar berikutan cara ia diajar di sekolah. Sistem persekolahan masa kini berasaskan peperiksaan di mana pembelajaran terlalu bertumpukan kepada pengiraan, penggunaan rumus dan latih tubi. Maka ramai pelajar mempunyai sikap negatif terhadap matematik. Secara realitinya, matematik merupakan ilmu yang sangat berguna dalam menjalani kehidupan seharian, menarik dan menyeronokkan. Pembangunan Dunia Matematik bertujuan untuk mendedahkan sifat matematik yang sebenarnya dengan menjangkaui matematik di bilik darjah kepada masyarakat Malaysia khususnya guru, pelajar serta ibubapa. Penulisan ini hanya bertumpukan kepada ruangan Kuiz dan Pelajari Matematik. Dunia Matematik merupakan satu majalah web yang menyediakan kuiz atas talian bertujuan untuk penaksiran dan pembelajaran dalam matematik. Penaksiran penting untuk mengetahui tahap pembelajaran pelajar dalam menguasai topik yang diajar oleh guru. Kuiz dibangunkan dengan menggunakan perisian sumber terbuka MOODLE versi 1.9 dengan berpandukan pada model ADDIE. Penggunaan MOODLE dalam membangunkan kuiz ini bertepatan dengan konsep pembelajaran yang berasaskan Konstruktivisme Sosial dimana pelajar boleh membina pengetahuan dalam suasana yang menekankan interaksi. Kuiz yang disediakan bersesuaian dengan topik-topik pilihan yang sering ditekankan dalam peperiksaan. Kuiz bersifat interaktif dan item berbentuk aneka pilihan yang disertakan sekali dengan maklum balas mengikut jawapan. Pelajar diberi masa yang mencukupi untuk menyelesaikan setiap percubaan kuiz tersebut. Maklum balas yang diberi berdasarkan kepada kesilapan lazim pelajar yang mungkin dilakukan oleh mereka dan bertujuan untuk membantu dalam memperbaiki kesilapan mereka. Pemberian gred dengan serta merta memudahkan untuk pelajar dan guru melihat dan menyemak markah bagi setiap percubaan kuiz. Majalah web ini turut memberi pendedahan kepada pengguna untuk mengubah sikap mereka terhadap matematik. Artikel bagi ruangan Pelajari Matematik meliputi topik-topik seperti penyelesaian masalah mengikut kaedah Polya, kaedah menghafal yang berkesan, teknik-teknik pelajari matematik serta video pembelajaran. Ruangan tersebut dapat membantu pelajar dengan mendedahkan kaedah pelajari matematik dengan cara yang berkesan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pelajari Matematik, MOODLE, ADDIE model, dynamic mathematics web
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10235
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Sep 2010 05:49
Last Modified:27 Jul 2017 03:23

Repository Staff Only: item control page