Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Dan Punca Stres Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Syed Mansor, Syed Mohd Shafeq and Kamaluzaman, Nurul Hidayah (2010) Tahap Dan Punca Stres Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Tahap Dan Punca Stres Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
75kB

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap dan punca stres pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 44 orang pensyarah dipilih secara rawak mudah terlibat di dalam kajian ini. Responden kajian telah menberi maklum balas terhadap instrumen Job Related Tension bagi mengukur tahap dan punca stres mereka. Darjah kepercayaan (Alpha Cronbach) yang diperolehi bagi alat ukur punca stres ialah 0.89 manakala bagi alat ukur tahap stres pula ialah 0.84. Data-data yang diperolehi telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS 11.5) dan dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan nilai min. Secara keseluruhannya, analisis menunjukkan punca stres yang dominan di kalangan pensyarah ialah dari faktor beban kerja dengan nilai min 3.62 manakala tahap stres pensyarah Fakulti Pendidikan dikenalpasti berada diperingkat yang rendah dengan nilai min 2.16. Selain itu, Ujian-t dan ANOVA dilakukan bagi mengenalpasti perbezaan stres responden dari aspek demografi (jantina, umur, pengalaman mengajar, jawatan dan status perkahwinan). Keputusan analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan stres yang signifikan dari semua aspek yang dinyatakan di atas. Turut disertakan bersama beberapa cadangan tindakan dan cadangan lanjutan di akhir penyelidikan ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:stress, T-test, ANOVA, Alpha Cronbach, Statistical Package for the Social Science Software
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10234
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Sep 2010 05:44
Last Modified:27 Jul 2017 03:14

Repository Staff Only: item control page