Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Miskonsepsi dalam konsep mol di kalangan pelajar tingkatan empat SMK Pontian, Johor

Nordin, Aziz and Lee, Yeng Hong (2010) Miskonsepsi dalam konsep mol di kalangan pelajar tingkatan empat SMK Pontian, Johor. Miskonsepsi dalam konsep mol di kalangan pelajar tingkatan empat SMK Pontian, Johor . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
43kB

Abstract

Kajian diskriptif ini menggunakan persampelan bertujuan bagi menentukan jenis miskonsepsi yang paling dominan dalam konsep mol di kalangan 216 orang pelajar Kimia Tingkatan Empat di Pontian, Johor. Selain itu, kajian ini juga menentukan pemahaman konsep mol pelajar serta menentukan korelasi antara jenis miskonsepsi dan pemahaman konsep mol. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Penyataan-penyataan dalam soal-selidik adalah dipilih daripada artikel Christopher (2004) dan sebahagian penyataan adalah dibina oleh pengkaji. Manakala soalan subjektif adalah dipilih daripada buku Stoichiometry and Process Calculations yang dikarang oleh Narayanan et al. (2006) seperti soalan 1(a), 1(b) dan 2(a) dan yang lain dibina oleh pengkaji. Kesesuaian soal-selidik telah disemak oleh pensyarah-pensyarah dalam UTM dan guru-guru Kimia sekolah menengah. Dua jenis statistik digunakan dalam kajian ini iaitu statistik diskriptif untuk melihat frekuensi dan peratusan manakala statistik inferensi menggunakan ujian kolerasi Pearson. Keputusan kajian mendapati bahawa Kesalahfahaman konsep merupakan miskonsepi yang paling dominan dalam pembelajaran konsep mol di kalangan pelajar. Melalui kajian yang telah dilakukan, didapati bahawa pemahaman konsep mol pelajar Tingkatan Empat secara keseluruhan adalah rendah dengan tiada pelajar yang mendapat markah penuh (20%). Skor yang paling tinggi dicapai oleh responden (0.5%) ialah skor 19. Terdapat 1.4% responden mendapat skor sifar dan 86.1% skor responden tidak melebihi skor 10. Kajian juga mendapati bahawa korelasi antara jenis miskonsepsi dan pemahaman mol adalah negatif dan rendah. Namun begitu, korelasi rendah tetapi signifikan. Walaupun miskonsepsi yang paling dominan ialah Kesalahfahaman konsep, hasil kajian menunjukkan korelasi antara Miskonsepsi fakta dan pemahaman konsep mol adalah tertinggi (r = - 0.230) berbanding dengan jenis miskonsepsi lain.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan (BPPDP), bahagian perancangan dan penyelidikan pendidikan (EPRD), jisim atom relatif (JAR), jisim molekul relatif (JMR), jabatan pelajaran negeri johor (JPNJOH) dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD), Jisim Atom Relatif (JAR), jisim molekul relatif (JMR), jabatan pelajaran Negeri Johor (JPNJOH)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10229
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Sep 2010 05:19
Last Modified:08 Jun 2017 07:08

Repository Staff Only: item control page