Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Permodelan Objek Padu Mata Pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer

Saud, Muhammad Sukri and Lee, Wan Ki (2010) Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Permodelan Objek Padu Mata Pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer. Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Permodelan Objek Padu Mata Pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
123kB

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk membina dan menilai status kesesuaian kedua-dua Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Permodelan Objek Padu yang bertajuk: MPK 1 Pengenalan Tentang Binaan Asas, MPK 2 Pengenalan dan Penghasilan Objek Padu Primitif (Solid Primitive) yang dibina menggunakan Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994). Status kesesuaian MPK yang dibina dinilai melalui penilaian formatif. Tiga fasa penilaan formatif telah dijalankan iaitu Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS), Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) dan Penilaian Formatif Percubaan Luar (PFPL). Seorang pensyarah terlibat dalam PFSS. Seramai dua orang pakar iaitu seorang pensyarah dan eorang pengajar yang berpengalaman terlibat dalam PFKK manakala PFPL melibatkan seramai 20 orang pelajar UTM tahun dua yang mengambil program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Satu set soal selidik iaitu Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) yang dibina oleh Shaharom Noordin (1994), digunakan sebagai alat kajian dan data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk min. Hasil kajian mengesahkan MPK Permodelan Objek Padu yang dibina adalah sesuai digunakan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan kurikulum. Kedua-dua MPK masing-masing menunjukkan status amat sesuai dan sesuai dengan nilai min keseluruhan 102.0 dalam PFKK dan 96.5 dalam PFPL. Kata Kunci: Lukisan Berbantu Komputer (Computer-aided drafting) (CAD), Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI), Modul Pengajaran Kendiri (MPK), Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS), Penilaian Formatif, Kelompok Kecil (PFKK)

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Lukisan Berbantu Komputer (Computer-aided drafting) (CAD), Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI), Modul Pengajaran Kendiri (MPK), Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS), Penilaian Formatif, Kelompok Kecil (PFKK)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10228
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Sep 2010 05:14
Last Modified:22 Sep 2010 01:31

Repository Staff Only: item control page